My photo
Wan Ahmad Fayz is an designer, photographer and artist from Manjung, Perak. RAWK! welcome to his personal blog, where you can explore his everyday life, uncensored!

Saturday, March 26, 2011

tshirt design | DDR6

lame xpost..yela bz dengan belajar..so xley nak update blog. so design kat bawah neh adalah design untuk tshirt kelas. yela dah semester akhir aku kat shahputra neh. aku design la tshirt neh sebab at least ade jugak benda yang semua classmate aku boley simpan jadikan kenangan diorang. aku rase cepat jew mase berlalu. dah 3tahun rupenye aku kat kuantan neh. hurm..so korunk tengok jela design baju neh. simple jew pown. design belakang baju 2 aku tulis project2 yang pernah aku buat dari semester 1 sampai la semester 6. macam2 projek design aku dah buat. hopefully ilmu dan tnjuk ajar yang lecturer aku bagi selama neh berkat. kalau x rugi jew study sampai 3tahun. design depan plak aku egt nak buat logo untuk sem aku..tapi xtahu la oke kew x 2 ? aku letak gambar topeng spartan 2 sebab menunjukkan yang architecture neh adalah subjek yang struggle giler. bukan semua orang boley survive study architecture neh. haha..idea aku xbest pown. klu ade design baru nnt aku upload la lagi.





















Friday, March 18, 2011

Wednesday, March 16, 2011

Site Visit : BangsARCH


Sem neh blaja pasal URBAN DESIGN. so banyak benda nak kena tahu pasal urban neh. site sem neh dekat bangsar. lepas pergi site kerja dah start berlambak2. so phm2 la kalau aku dah lame xpost. sekian.

Tuesday, March 15, 2011

aku hanya pelajar KOLEJ




susah senang menjadi seorang pelajar memang mencabar..sama ada yang belajar di Universiti mahupun Kolej. ape yang membezakan adalah dari segi cara pembelajaran. selain itu perkara yang aku rase paling penting untuk seorang student ialah tentang DUIT!

aku student kolej..dah last sem tahun neh..so aku dah faham sgt pasal duit time study kat kolej neh. ak dapat pinjaman MARA..RM500 sebulan pown xcukup. lagi2 kos yang aku amek neh..Architecture course. memang duit sangat2 diperlukan dalam kos neh. nak print2 2 la nak beli barang2 lagi. so banyak duit akan mengalir keluar dengan cepat. kalau aku cerita pasal duit kat sini memang korunk kne scroll ke bawah byk kali. so aku just boley copy dari member aku jew. dye housemate aku tp kos lain la dgn aku. dye amek kos Ukur Bahan. so kat bwah neh korunk boley baca la pasal yang ak ckp tadi berkaitan dengan duit.





semua mak bapak nak sangat anak mereka masuk universiti.

kalau boleh nak anak mereka masuk universiti ternama.tapi,maaf mak, maaf ayah...anakmu dapat belajar kat kolej jer. (KSP-UTM)

tapi sebenarnya, ramai mak bapak yang tak fikir tentang masalah besar yang akan menyesakkan nafas mereka.

masalah yang datang sebulan sekali.

masalah yang sebenarnya, anak mereka benar-benar fahami.

masalah ekonomi.

.....................

banyak mak bapak tertipu dengan MARA ni.

mereka ingatkan, kalau dah dapat MARA, maka poket mereka akan selamat.

tidak perlu menanggung anak mereka lagi.

kalau di UITM, dengan yuran rm500 setiap semester, makan percuma, penginapan percuma dan PTPTN rm3500(satu Semester), maka sangkaan mak bapak itu adalah benar.

anak mereka akan hidup mewah.

malah ada yang mampu beli kereta dengan duit pinjaman pelajaran.

.....................

tapi, tidak di KSP.

demi Allah tidak.

sumpah.

kalau dapat loan MARA macam loan PTPTN di UiTM pun rasanya tak cukup.

apatah lagi student yang taraf hidup keluarga rendah yang x dapat wat loan MARA (x credit BI)

.....................

di bawah ini adalah pecahan perbelanjaan pelajar di KSP, Fakulti Alam Bina. (UTM)

terutama student DDQ Semester akhir.

MARA = rm 2700 (Satu Semester)

Yuran Pengajian = rm 2800 (MARA dah bayarkan)

yuran kolej = rm 450

yuran KPU = rm 470

total = rm970

baki = rm 1780

....................

Akademik.

print, fotostet, binding, drawing, assignment (kos pengangkutan dan mendapatkan bahan) dan lain2 untuk satu semester

= rm 700 ( Termasuk kos untk subjek Final Projek)

....................

Majlis Pra-graduasi di KSP dan Konvokesyen di UTM.

=rm 200 (untuk jubah dan segala entah apa2)

....................

Sewa rumah.

=sebulan rm 100

=satu semester lebih kurang 5 bulan so total rm 500, cuti semester biasa 2 bulan lebih, even rumah x der orang time cuti semester

Kami tetap kne bayar duit sewa rumah.

=so, total da jd rm 700.

Pasal sewa rumah ni..bukan apa..nak x nak kitorang terpaksa sewa rumah luar,terpaksa pakai transport sendiri.

Daripada dok lam hostel KSP (sebijik rumah teres 2 tingkat). Bilangan penghuni 28 orang…bilik ada 4…ha?..macam mane tu?

X macam sardin plak kan dok rmai2 lam sebijik rumah…macam ner nak study?? Da la belajar dalam fakulti alam bina UTM-Universiti Tendang Menendang.

Klu x dapat pointer yang puas hati x k kene tendang nnt?? <-- KSP – Kolej Seksa Pelajar.

= duit minyak moto = rm 1 sehari x 5 hari = rm5 x sebulan 20 hari = rm100

= satu semester = rm 100 x 5 = rm 500

....................

Makan minum

Sehari makan rm 9

Pagi x makan, bawak k tgh hari, makan tgh hari rm 4, makan malam rm 5.

= Total makan sehari rm9 x satu semester rm 1350

…………………

jadi, mak bapak jangan la benci bila anak yang belajar di KSP ni selalu mintak duit.

adik beradik yang lain pulak, jangan la nak dengki kalau abang, kakak atau adik anda dapat duit poket lebih.

tolong la faham.

hidup pulak kat tengah-tengah KUANTAN ni, SEMUA benda mahal.

percayalah, tak ada anak yang suka mintak duit kat mak ayah.

percayalah, anak-anak ni dah besar dan faham sangat masalah mak ayah.

tapi, kami terpaksa.

....................

jangan sampai anak-anak terpaksa kerja pada waktu malam.

takut nanti terjejas pelajarannya pastu kene tendang. <--UTM

atau, lebih teruk lagi, jangan sampai anak-anak jadi penjual dadah, gigolo atau GRO.

bukan sebab nak hidup mewah.

tapi sekadar nak hidup dan belajar di kolej TERNAMA ini. (ternama k???)

MAAF MAK, MAAF AYAH….





p/s : percaya atau tidak duit MARA aku hanya bertahan selama 15hari. so korunk pikir la sendiri.

Thursday, March 10, 2011

Award for my Ibu n Abah






Alhamdulillah..syukur ke hadrat ilahi...selama 4semester aku cuba nak dapat result yang terbaik. dan akhirnya semester lepas iaitu sem5, aku dapat capai ape yang selama neh aku inginkan dan akhirnya aku dapat jugak.

ANUGERAH DEKAN

thanx ibu dan abah yang banyak beri nasihat dan semangat untuk aku tros belajar.
dan xlupe juga pada rakan2 yang banyak tolong dikala aku memerlukan
selain itu pada AWAK yang banyak beri saya nasihat yang berguna dan semangat
thanx semua!
:)







p/s: sorry AWAK sebab sy xamek gambar hari 2. :(

Wednesday, March 9, 2011

UP house..rumah belon menjadi realiti



Dalam cite UP neh rumah neh boley terbang hanya berbekalkan beribu2 belon. bukan belon udara yang guna api 2..tapi pakai belon yang ade jual kat pasar malam 2. tp belon yang ade gas 2 la. kalau x mcm mne nak terbang.

so itu dalam cerita kartun..memang xmustahil semua 2. kalau kat dunia sebenar agak2 boley buat x mcam dalam kartun 2? memang mustahil la kan. tapi sekarang dah ade orang buat rumah terbang gune belon macam dalam cite 2. hahaha.

suatu kajian telah dibuat dan ia nya berhasil. sumpah comel!. so beberapa pakar seperti engineer telah membina basic structure house dan terbangkan ke udara untuk beberapa jam dengan menggunakan belon udara 2. Xde hal la setakat 300 belon jew nak terbangkan rumah 2. haha.

Rancangan National Geographic yang baru bertajuk "How Hard Can It Be" akan menunjukkan proses membina rumah dan memasang belon tersebut. ramai jugak crew yang tolong. tapi bukan tolong tiup belon 2..haha. awesome works guys!