My photo
Wan Ahmad Fayz is an designer, photographer and artist from Manjung, Perak. RAWK! welcome to his personal blog, where you can explore his everyday life, uncensored!

Tuesday, March 15, 2011

aku hanya pelajar KOLEJ




susah senang menjadi seorang pelajar memang mencabar..sama ada yang belajar di Universiti mahupun Kolej. ape yang membezakan adalah dari segi cara pembelajaran. selain itu perkara yang aku rase paling penting untuk seorang student ialah tentang DUIT!

aku student kolej..dah last sem tahun neh..so aku dah faham sgt pasal duit time study kat kolej neh. ak dapat pinjaman MARA..RM500 sebulan pown xcukup. lagi2 kos yang aku amek neh..Architecture course. memang duit sangat2 diperlukan dalam kos neh. nak print2 2 la nak beli barang2 lagi. so banyak duit akan mengalir keluar dengan cepat. kalau aku cerita pasal duit kat sini memang korunk kne scroll ke bawah byk kali. so aku just boley copy dari member aku jew. dye housemate aku tp kos lain la dgn aku. dye amek kos Ukur Bahan. so kat bwah neh korunk boley baca la pasal yang ak ckp tadi berkaitan dengan duit.





semua mak bapak nak sangat anak mereka masuk universiti.

kalau boleh nak anak mereka masuk universiti ternama.tapi,maaf mak, maaf ayah...anakmu dapat belajar kat kolej jer. (KSP-UTM)

tapi sebenarnya, ramai mak bapak yang tak fikir tentang masalah besar yang akan menyesakkan nafas mereka.

masalah yang datang sebulan sekali.

masalah yang sebenarnya, anak mereka benar-benar fahami.

masalah ekonomi.

.....................

banyak mak bapak tertipu dengan MARA ni.

mereka ingatkan, kalau dah dapat MARA, maka poket mereka akan selamat.

tidak perlu menanggung anak mereka lagi.

kalau di UITM, dengan yuran rm500 setiap semester, makan percuma, penginapan percuma dan PTPTN rm3500(satu Semester), maka sangkaan mak bapak itu adalah benar.

anak mereka akan hidup mewah.

malah ada yang mampu beli kereta dengan duit pinjaman pelajaran.

.....................

tapi, tidak di KSP.

demi Allah tidak.

sumpah.

kalau dapat loan MARA macam loan PTPTN di UiTM pun rasanya tak cukup.

apatah lagi student yang taraf hidup keluarga rendah yang x dapat wat loan MARA (x credit BI)

.....................

di bawah ini adalah pecahan perbelanjaan pelajar di KSP, Fakulti Alam Bina. (UTM)

terutama student DDQ Semester akhir.

MARA = rm 2700 (Satu Semester)

Yuran Pengajian = rm 2800 (MARA dah bayarkan)

yuran kolej = rm 450

yuran KPU = rm 470

total = rm970

baki = rm 1780

....................

Akademik.

print, fotostet, binding, drawing, assignment (kos pengangkutan dan mendapatkan bahan) dan lain2 untuk satu semester

= rm 700 ( Termasuk kos untk subjek Final Projek)

....................

Majlis Pra-graduasi di KSP dan Konvokesyen di UTM.

=rm 200 (untuk jubah dan segala entah apa2)

....................

Sewa rumah.

=sebulan rm 100

=satu semester lebih kurang 5 bulan so total rm 500, cuti semester biasa 2 bulan lebih, even rumah x der orang time cuti semester

Kami tetap kne bayar duit sewa rumah.

=so, total da jd rm 700.

Pasal sewa rumah ni..bukan apa..nak x nak kitorang terpaksa sewa rumah luar,terpaksa pakai transport sendiri.

Daripada dok lam hostel KSP (sebijik rumah teres 2 tingkat). Bilangan penghuni 28 orang…bilik ada 4…ha?..macam mane tu?

X macam sardin plak kan dok rmai2 lam sebijik rumah…macam ner nak study?? Da la belajar dalam fakulti alam bina UTM-Universiti Tendang Menendang.

Klu x dapat pointer yang puas hati x k kene tendang nnt?? <-- KSP – Kolej Seksa Pelajar.

= duit minyak moto = rm 1 sehari x 5 hari = rm5 x sebulan 20 hari = rm100

= satu semester = rm 100 x 5 = rm 500

....................

Makan minum

Sehari makan rm 9

Pagi x makan, bawak k tgh hari, makan tgh hari rm 4, makan malam rm 5.

= Total makan sehari rm9 x satu semester rm 1350

…………………

jadi, mak bapak jangan la benci bila anak yang belajar di KSP ni selalu mintak duit.

adik beradik yang lain pulak, jangan la nak dengki kalau abang, kakak atau adik anda dapat duit poket lebih.

tolong la faham.

hidup pulak kat tengah-tengah KUANTAN ni, SEMUA benda mahal.

percayalah, tak ada anak yang suka mintak duit kat mak ayah.

percayalah, anak-anak ni dah besar dan faham sangat masalah mak ayah.

tapi, kami terpaksa.

....................

jangan sampai anak-anak terpaksa kerja pada waktu malam.

takut nanti terjejas pelajarannya pastu kene tendang. <--UTM

atau, lebih teruk lagi, jangan sampai anak-anak jadi penjual dadah, gigolo atau GRO.

bukan sebab nak hidup mewah.

tapi sekadar nak hidup dan belajar di kolej TERNAMA ini. (ternama k???)

MAAF MAK, MAAF AYAH….





p/s : percaya atau tidak duit MARA aku hanya bertahan selama 15hari. so korunk pikir la sendiri.

7 comments:

tomatoo said...

betul.. skrg dah macam trend je nk anak2 smua blajar tggi2 sampai x tgk tahap kemampuan si anak.. ermm

hana said...

setakat nh syukur la sebab sye dapat scholar...
x sampai ati nk susahkn parents sebab dorang dah x kerja...
adek2 ramai agi yg belaja..
kire beruntung la saye dpt scholar...

tugas kite kene la belaja leklok pastu leh balas jasa mak ayah nanti..
=D

F A Y Z said...

em 2 la
baek keje dlu
pas2 klu dpt U baru la smbung blaja
klu x jgn la msuk kolej
xpsl mak bapak kne byr hutang
pas2 anak makan megi

F A Y Z said...

bersyukur dengan ape yg kita perolehi. smua 2 adalah ketentuan yang Maha Esa.

mIss ♡ AtuL said...

owh sgt mnykitkn tp nk wat mcm new..nk mnuntut ilmu pnye psal,,pengorbanan itu perlu...

.:iEyaaYaya:. said...

mcm mne sy boleh xperasan awk post entry ni ek?

F A Y Z said...

em ntah la.
sy egt awk da bc psl entry neh